Monday, July 21, 2008

Wow! Wau!

Tahukah anda Wau telah mula dimain orang melayu semenjak kurun ke-15 lagi?








Wau boleh juga dipanggil layang-layang. Wau mempunyai pelbagai jenis, antaranya, Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Antara daerah-daerah ataupun negeri-negeri yang masih wujudnya tradisi membuat atau bermain wau adalah Kelantan dan Terengganu. Di kebanyakan tempat, pengunaan Wau telah beralih daripada sejenis permainan tradisional melayu kepada sebuah kraftangan atau perhiasan dinding di rumah. Saya rasa in adalah kerana terdapat kurangnya tempat untuk warga singapura yang hidup dikelilingi bangunan-bangunan untuk mencari tempat bermain wau atau layang-layang.

MEMBUAT WAU!!



Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

(Disebabkan kesukaran mendapatkan wau di Singapura, saya terpaksa mendapatkan gambar wau daripada lelaman http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm )

No comments: