Berikut adalah cadangan-cadangan saya untuk melestarikan Permainan Tradisional melayu yang semakin kurang mendapat perhatian orang ramai.
1) Masukkan sebuah Topik ataupun Unit khas dalam Buku Teks Bahasa Melayu yang khas untuk Permainan Tradisional Melayu. Beberapa muka surat yang menunjukkan permainan tradisional melayu boleh menyedarkan ramai murid-murid bahawa ada banyak permainan Tradisional Melayu yang menarik. Jika minat dalam Permainan Tradisional Melayu dipupuk dari usia muda mereka akan membesar dengan pengetahuan yang mendalam tentang Permainan-permainan itu.
2) Galakkan kedai-kedai yang dimiliki anak melayu menjual permainan melayu secara kecil-kecilan pun mencukupi. Ini dapat memastikan bahawa orang ramai yang berminat untuk mencuba Permainan Tradisional Melayu dapat membeli perkakas-perkakas yang perlu untuk bermain Congkak, Sepak Takraw dan sebagainya.
3) Galakkan Jabatan-jabatan Bahasa melayu di sekolah-sekolah untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk menggalak pelajar melayu ataupun yang bukan-melayu mencuba permainan tradisional melayu.
4) Adakan pertandingan untuk Permainan Tradisional Melayu semasa Bulan Bahasa supaya para penggiat ataupun pemain Permainan Tradisional Melayu dapat bermain dengan pemain-pemain lain. pada masa yang sama mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan meraih pengetahuan yang lebih tentang permainan tradisional itu.
Itu sahajalah yang boleh saya katakan buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat lagi untuk kita menyelamatkan Permainan Tradisional Melayu kita yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi-generasi yang terdahulu. Ingat semua, jika bukan kita yang memainkan Permainan tradisional Melayu, Siapa yang akan memainkannya??
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment