Friday, July 11, 2008

Apakah permainan-permainan tradisional Melayu yang Digemari?

Apa khabar semua? Harap anda semua baik-baik sahaja..

Hari ini semasa di sekolah saya telah menjalankan sebuah tinjauan. Saya telah menanya hampir kesemua rakan-rakan berbangsa melayu di dalam kelas bahasa melayu saya dan dapat membuat kesimpulan yang amat menarik. Dalam 25 orang yang menyertai tinjauan saya itu, lebih 8 daripada mereka tidak tahu bermain sebarang permainan tradisional melayu. Bukan sahaja rakan-rakan saya ini sahaja yang kurang mendapat pendedahan kepada permainan tradisional melayu, malah ramai lagi di luar sana yang tidak tahu bermain sebarang permainan tradisional melayu. Saya telah berfikir panjang untuk mendapat jawapan kepada isu kurangnya minat dalam permainan tradisional melayu.

Berikut adalah pendapat saya:

1) Permainan tradisional melayu seperti Congkak,Gasing dan sepak takraw tidak dapat menandingi kehebatan permainan moden seperti permainan komputer dan sebagainya. Umpamanya, permainan gasing telah dikalahkan permainan moden yang hampir sama dengannya iaitu 'beyblade'. Sepak Takraw pula dipandang negatif pelbagai pihak termasuk ibu-bapa juga yang tidak menggalak anak-anak mereka bermain sepak takraw kerana mereka fikirkan bahawa ramai pemain sepak takraw di sekolah-sekolah 'Pengaruh Negatif'. Ini tidak benar kerana tidak semua pemain sepak takraw itu tidak berperangai baik.

2) Keprihatinan yang semakin berkurangan terhadap permainan tradisional melayu seperti congkak dan capteh. Umpamanya, peralatan congkak tidak boleh kita dapati secara mudah di Pusat-pusat mebeli-belah mahupun kedai-kedai biasa.


3) Tiada langkah-langkah yang berkesan telah diambil untuk membuka permainan tradisional melayu seperti sepak takraw. Pengalaman saya sebagai pemain sepak takraw yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, saya mendapati bahawa hampir kesemua pemain sepak takraw berbangsa melayu dan hanya sekali pernah saya lihat seorang pemain sepak takraw berbangsa cina. Mengapakah permainan sepak takraw tidak menarik ramai pemain bukan melayu? Adakah pemain-pemain melayu tergugat akan kehadiran lebih ramai pencabar? Kita tidak harus takut dengan cabaran tetapi kita harus memperbaik permainan kami untuk menandingi siapapun.




Bagaimanapun, saya mendapati melalui tinjauan yang telah jalankan itu bahawa rakan-rakan saya yang lain semuanya tahu akan sekurang-kurangnya satu permainan tradisional melayu dan boleh bermain dengan baik. Juga, saya mendapati bahawa permainan Congkak adalah permainan yang paling popular. Saya akan membuat sebuah laporan tentang Congkak pada hari-hari berikut. Sekian.

No comments: