Monday, July 14, 2008

Congkak



Setelah beberapa hari sibuk dengan kerja sekolah dan ulangkaji bagi peperiksaan peringkat 'O', saya sempat meluangkan sedikit masa untuk melakukan kajian dalam salah satu permainan tradisional melayu iaitu Congkak.

Pengenalan:

Perkakas yang diperlukan : Papan Congkak dan buah congkak(guli)

Cara Permainan : Pemain akan mengambil buah congkak daripada sebuah 'kampung' ataupun lubang bulat dan memasukkan satu-persatu ke dalam setiap lubang mengikut arah jam. Pusingan seseorang pemain itu hanya akan berhenti apabila beliau berhenti di lubang yang kosong. Kemudian, pemain yang lain itu akan melakukan yang sama dan akan berhenti apabila beliau berhenti di sebuah lubang yang kosong. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Di sini saya telah mengajak dua rakan saya, Saiful dan Zul untuk bermain congkak..



Permainan mereka amat baik. Syabas!




Saya telahpun memperkenalkan kepada anda semua satu permainan tradisional melayu iaitu congkak. Congkak pada saya adalah sebuah permainan yang amat tenang tetapi memerlukan minda yang tajam dalam seseorang pemain dan juga tahap fokus yang tinggi. Congkak juga boleh dimainkan oleh ibu-bapa dan anak-anak mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, bilangan orang yang bermain congkak dalam abad ke-21 sudah berkurangan. Daripada bermain congkak kanak-kanak mahupun remaja,lebih menggemari permainan moden seperti 'Monopoly' atau Sahiba. Permainan-permainan ini lebih digemari mungkin kerana mereka lebih mencabar.

Sekian sahaja catatan saya pada hari ini. Dalam misi saya iaitu memperkenalkan congkak kepada orang-orang bukan-melayu. Saya akan mengajar rakan-rakan bukan-melayu di sekolah cara-cara bermain congkak.

No comments: