Monday, July 21, 2008

Sepak Takraw semakin malap?

Sukan Sepak Takraw, walaupun sebuah permainan tradisional, ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segelintir kaum melayu di Singapura. Isu sepak takraw yang semakin malap ini telah saya bincangkan sewaktu Peperikisaan LIsan GCE 'O' level saya beberapa minggu yang lalu.

Mengapa Sepak Takraw semakin 'Malap'?

1) Persaingan daripada sukan lain yang lebih mendapat perhatian. Umpamanya, bolasepak dan tenis. Sukan-sukan ini lebih bertuah kerana banyak usaha telah dijalankan untuk memajukan mereka,sepertinya S-league yang dibuka untuk membenarkan pemain bolasepak bermain secara profesional. Bakat-bakat di dalam bolasepak juga diasah dari muda lagi dan banyak wadah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti bakat-bakat yang terserlah.

2) Sukan sepak takraw mempunyai bilangan pemain yang kecil. Permainan sepak takraw kebanyakannya dimainkan oleh orang-orang melayu, berbanding bolasepak yang lebih terbuka kepada semua kaum. Saya rasa pihak-pihak yang berkaitan harus berusaha meluaskan bilangan pemain untuk turut menjangkau pemain bukan-melayu.

3) Pandangan negatif sesetengah pihak tentang Sepak Takraw. Ramai pemain sepak takraw dipandang negatif kerana hanya segelintir daripada mereka melibatkan diri dengan kancah dadah dan pelbagai unsur-unsur negatif.

Walau bagaimanapun, Sepak Takraw adalah sebuah permainan tradisional yang amat menarik dan cantik permainannya.



WOW! Video ini menunjukkan sebuah permainan yang sangat menarik daripada dua negara yang kuat dalam sukan sepak takraw, iaitu malaysia dan Thailand.

Saya harap melalui catatan saya ini ramai di luar sana akan tergerak hati untuk mencuba permainan tradisional melayu ini!

Selamat mencuba!

No comments: