Apa khabar semua? Saya Muhammad syakir daripada sekolah menengah tanjong katong. Saya juga adalah seorang pelajar menengah empat. Tujuan saya membuka lelaman blog baru ini adalah untuk mengembangkan kemahiran tutur kata saya dalam Bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu. Jarang sekali saya dengar remaja melayu menulis blog mereka dalam bahasa baku. Dengan itu, saya berharap dengan pembukaan blog bahasa melayu saya ini saya dapat menggalak rakan-rakan sekolah mahupun remaja melayu lain untuk menulis blog mereka dalam bahasa melayu.
Juga, saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan blogging yang dianjurkan TPJC bersama KGMS. Dengan menyertai pertandingan ini saya berharap untuk menguji penggunaan bahasa melayu saya dan melihat sejauh mana kreativiti saya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengembangkan tema pertandingan ini iaitu PERMAINAN TRADISIONAL.
Sebagai seorang pemain Sepak Takraw bagi sekolah saya, saya mendapati bahawa ia adalah sukan yang amat menarik dan menonjolkan tatasusila orang melayu yang secara amnya tidak kasar malah, sopan santun kerana di dalam sepak takraw tiada perlawanan fizikal yang berlaku.
Saya akan mengembangkan lagi tentang Tema pertandingan blogging itu pada entri seterusnya iaitu pada hari-hari berikut!
Sekian sahaja bagi permulaan blog ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment