Tuesday, July 15, 2008

Congkak

Selamat datang semua!

Puas saya dan rakan-rakan sedarjah mengajar dua orang rakan yang berbangsa india dan seorang lagi cina, bermain Congkak. Kami telah berjaya mengharungi segala rintangan untuk mengajar bermain congkak( Macam betul aje 'segala rintangan' HAHA). Beliau telahpun tahu bermain congkak dalam masa sehari!! WOW! Satu matlamat saya telah pun berjaya dilaksanakan , iaitu memperkenalkan permainan tradisional melayu kepada orang yang bukan berbangsa melayu. Mereka mendapati bahwa permainan congkak ini amat menarik,mencabar dan seronok. Kata rakan saya yang berbangsa india itu juga, terdapat satu lagi congkak versi India dan mencari perbezaan ataupun persamaan mereka.

Saya telah merakam percubaan kawan saya yang berbangsa India itu bermain Congkak..



Boleh tahan ya permainan mereka?

Saya juga telah memetik gambar kawan saya yang berbangsa cina bermain congkak..


Saya percaya bahawa salah satu langkah untuk mempopularkan permainan tradisional adalah untuk melibatkan orang yang bukan-melayu juga. Bukan sahaja ia dapat merangsang pemahaman yang lebih baik di antara orang yang berlainan bangsa malah lebih ramai akan terus memainkan permainan tradisional melayu.

Sekian!
Melayu Maju! HAHA!

No comments: